Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



KerjaGila: Tentang Lola bukan extended episod Tentang Dhia ok

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Hi blog..

Pesan seorang opismate kepada saya yang saya perlu berhati-hati dengan orang itu. Saya gelarkan orang itu sebagai Lola supaya kau orang boleh gambarkan Lola seorang yang nampak Spanish dengan aset de baaboom walhal adalah ke laut.. Ha-ha. Mungkin Lola nampak peramah di mata saya, padahal di mata opismate, Lola adalah seorang KEPOCHI.. 

Pada mula saya mula bekerja. Memang Lola nampak peramah. Banyak bercakap. Dan siap menasihati saya untuk berhenti saja sebab kompeni ni tak bagus untuk saya. Saya hanya tersenyum. Bayangkan. Kau semangat nak bekerja, pastu dapat nasihat macam tu. Apa kau pikir? Nampak macam saiko tapi semangat untuk saya bekerja agak kuat masa itu sebelum saya dapat projek yang perlu di setel berbakul-bakul hingga kadang-kadang agak stress juga. Saya kuatkan semangat untuk bertahan. Dari janji pada diri untuk tempoh 6 bulan, jejak ke setahun. Dan terpaksa di lanjutkan setahun lebih kerana buatan orang. Hu-hu.

Dah namanya kerja, mestilah banyak. Cuma agak tak berbaloi dari segi kelebihan yang kompeni tawarkan. Saya bertahan untuk mendapatkan pengalaman dan bukannya untuk saya terperuk di situ hingga umur 55 nanti. Saya mungkin tidak tahu apa nasib saya jika saya keluar dari kompeni itu, tapi apa yang pasti.. Saya dapat agak jika saya terus-terusan kerja di situ. Tengok contoh-contoh yang ada sudah cukup. Plus, di bakar-bakar dengan kata-kata Jiejie. Ye. Mesti ada perubahan.

Ok. Berbalik kepada si Lola tadi. Si Lola boleh dikatakan pangkatnya di bawah saya. Tapi saya bukan lah boss dia. Kami sama-sama satu boss. Saya boleh mengarahkan Lola untuk sesuatu kerja tetapi si Lola tak boleh buat begitu pada saya. Itu saja. Opismate saya kata Lola suka buruk-burukkan saya pada anak buah dia. Wow. Lola tu baik pada saya. Tapi saya tatau lah kalau dia ni kawan tikam kawan. Lagipun anak buah dia tak ada bagitahu apa-apa pada saya. Saya diyamkan saja. Tapi bukan diyam bodoh, diyam dalam pengawasan. Boleh?

Bila lama-lama kenal Lola. Memang ternyata dia 'peramah', kaki propa dan kaki perasan bagus. Dia sangat suka berbual. (?) No. Bersembang berjam-jam. Mula-mula, dia akan buka cerita tentang famili dia, tentang apa yang dia ada dan kebaikan dia. Lepas tu, dia akan sambung dengan mengata orang ini tak bagus lor... Kalau saya, saya tak buat macam ini. bla-bla-bla.. Lepas tu dia sambung dengan komplen perangai anak-anak buah dia. Saya tak menokok-tambah. Saya cuma dengar dan angguk-angguk sebagai tanda respon mendengar luahan hati dia. Bukan setuju dengan apa yang dia luahkan. Dan bukan saya yang tersua-sua tadah telinga nak dengar apa yang dia katakan.

Tapi, dia yang menapak ke arah saya yang masa tu saya sedang buat kerja saya. Dari saya mengantuk sambil boring buat kerja saya, kira okey lah jugak dia datang bercerita. Walhal, ada yang saya dengar ada yang tidak. Saya memang tak dapat buat dua perkara dalam satu masa. Contohnya, mendengar perkara A sambil memikir perkara B. Dan perkara A dan perkara B adalah dua isu yang berbeza. Kau orang boleh? Tentu tidak kan? Tapi betapa gigihnya Lola berpung-pang-pung-pang sedangkan dia tahu yang saya tak berapa nak fokus dengan apa yang dia cerita. Kenapa dia gigih? Sebab dia sedang mengular. Kau orang hangin tak, kalau kau cakap dengan seseorang tapi orang tu dengar macam 50% saja? Hangin kan? Melainkan kau memang takda apa nak buat dibuat kan?

Lola akan bercerita selama mana dia nak. Walaupun kau tak berminat dengan ceritanya, dia tetap akan setia menjadi penglipur-lara untuk kau. Saya tak sampai hati untuk tidak beri respon kepada cerita dia. Paling koman pun saya angguk-angguk dan sesekali menyampuk. Kalau orang dah bawak cerita, mesti kau nak tahu kan? Mesti kau akan tanya itu ini dan kenapa kan? Dan si Lola ini sangat pandai berpura-pura. Bila ada boss lalu, dia akan tuka topik kepada kerja secara tiba-tiba. Pada mula-mula dulu, saya macam eh? apahal lak Lola ni membebel pasal kerja.. Tapi, lama-lama dah terbiasa dengan kelakuan dia yang hebat dalam kaverline..

Lola suka cerita yang anak buah dia tak suka dengan dia. Anak buah dia tanak tolong dia dalam buat kerja. Kenapa? Kenapa? Dia menjaja cerita tentang anak buah dia yang tak betul. Tapi, dia? [Di ingatkan, ayat seterusnya adalah dari pemikiran dan pemerhatian saya] Tapi si Lola ni suka mengular. Macam mana lah anak buah dia tak ikut jejak langkah dia. Dia kata anak buah dia suka bertelefon, ber-sms, ber-novelling dan bersembang-sembang. Walhal, Lola sendiri suka bersembang berjam-jam. Berpropa-propa. Lepas sorang-sorang dia propa. Jika dulu ada rakan propa, sekarang dia berpropa dengan saya, lepas tu agak tak syok, dia propa dengan boss sebelah, lepas tu propa dengan orang itu. Orang ini.. Sampai lah boss sendiri panggil menghadap barulah berhenti kegiatan tak berfaedah itu.

Opismate saya pesan supaya berhati-hati. Jangan ingat si Lola tak kutuk saya dekat orang lain. Kalau opismate tak cakap pun saya dapat agak. Lola boleh cerita macam-macam keburukan orang pada saya, sudah pasti dia akan cerita tentang saya pada mereka. Ada orang nak cerita kebaikan kalau nada suara dan reaksi muka macam hareemm? Mata pandang-pandang dan mulut sedikit terjungkit bernada perlahan. Boleh bayang?

Ada suatu ketika tu, saya tersilap buat dokumen. Banyak. Ada lebih 10 helai. Jadi kena buat semula. Sudahlah dokumen kena minta tandatangan boss. Saya yang perasan salah buat, dan mula-mula tanya pada Kak L. Kak L suruh saya tanya boss atau tanya Lola sebab Lola tahu apa yang production buat. Bila tanya pada si Lola, Lola kata tak tahu. Itu saya punya hal, dia cuma update pada sistem saja berpandukan dokumen yang di beri. Saya tanya dia, boss marah tak? Dia suruh saya tanya dulu. Lepas saya tanya boss. Boss kata tuka sajalah. Sebab saya memang kompius. Dan boss setuju dengan saya lagipun sistem yang ada sekarang macam celaru. Lepas dah buat dokumen baru, Lola tanya saya boss marah tak? Saya jawab tak. Lepas tu esoknya dia tanya soalan yang sama. Adalah 3-4 kali dia tanya. Dalam hati saya pelik lah. Macam nak saya kena marah pulak dengan boss. Pelik kan?

Banyak lagi lah benda-benda pelik yang Lola ni buat hingga saya terpikir kenapa dengan dia ni. Tapi saya buat-buat tak tahu saja. Malas nak ambik port sangat. Selagi hubungan saya dengan orang-orang yang sedia ada ni masih baik, saya okeh saja. Lagipun, tak lama ja lagi kan.. Hi-hi..

2 komplen (?):

sord87 said...

pahamnya!alah si lola pun dah arwah apede hal-he!

Cik Nad said...

@sord87

erk..??

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*