Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



T.V: Tentang Dhia

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Morning blog!

Semalam sampai bergenang air mata tengok Tentang Dhia.Tak nanes sebab saya pandang orang sekeliling dalam rumah tak nanes pon. Takkan saya nak nanes.. Haruslah di tahan. Kalau tak, nanti Jiejie gelakkan saya. Macam tengok muvi Nur Kasih. 

Saya ingatkan Nora Danish tak reti berlakon watak berat. Selalu kita tengok dia chumel-chumel je dalam Puteri. "Kita enjoy~~", katanya.. Dalam Ana Lu'lu' pun sama. Macam rasa dia ni bajet nak berlakon chumel manjang je. Tapi.. Bila tengok drama Tentang Dhia ni, boleh tahan juga. Boleh tahan? Sangat berkesan lah dia berlakon. Kalau orang komen masakan, mesti cakap " Terasa pedas dia, terasa masinnya, manisnya, masam.. Semua cukup..". Macam tu jugaklah dia berlakon. Masa dia sengsara, menangis, sakit hati dan bla-bla-bla.. Saya turut dapat rasa.

Ada ke menantu yang baik macam tu? Ada tu memang lah ada. Cuma dalam kuantiti yang sikit. Macam saya. 1 dalam 1000.. Ha-ha. Perasan.. Kalau dah didik dengan keluarga yang penuh kasih-sayang, cukup didikan agama, sempurna akhlaknya.. Mestilah ada menantu baik macam Dhia tu.. Sedangkan mak mertua lagi jahat dari Ku Salmi pon ada kat luar sana kaaannn??

Lepas tu, saya sangat-sangat kesian dekat Dhia. Sebab suami sendiri pun dah tak ambik port. Termakan cakap mak dia. Susah jugak ek jadi suami ni. Berbelah bagi dengan ibu dan bini. Takkan nak sokong bini, abes tu mak sendiri? Takkan nak derhaka? Takkan nak sokong mak 100% sedangkan hati bini nak di jaga juga. Berat-berat. Kalau dapat bini yang boleh ngam dengan mak sendiri, syukur Alhamdulillah. Kalau dapat yang tak? Ana kawin dua.. He-he..

Drama tu tak macam drama tipikal melayu yang lain.. Dan tak jangka pun si Zikir akan mati. Kira cinta sampai mati lah ni.. Hurm.. Agak-agaknya, kalau saya tua nanti.. Siapa yang sampai ajal dulu ek? Selalu pikir macam tu. Kau orang tak pernah terpikir ke? Takut jugak kalau dia pergi dulu dari saya. Tabah ke tak saya nak hidup sendirian. Dan berharap, saya pergi dulu dari nya. Tapi semua ajal maut kan di tangan Dia Yang Maha Kuasa.

Macam atuk dan arwah nenek saya. Saya tengok atuk saya ni pun macam berat. Apatah lagi dia yang menanggung. Rasa kesepian. Walaupun anak cucu ada. Tak sama rasanya dengan adanya teman sekatil sebantal kan? Lagilah dah berpuluh tahun hidup bersama.. Ok. Dont be sad-sad k..

Berbalik cerita Dhia tu, ramai tak puas hati sebab tak tahu apa terjadi dekat Ku Salmi dengan Zety dan Rose. Kalau saya, memang tanak tahu apa terjadi. Insaf ke tak insaf ke belakang kira. Asalkan Dhia dan Zikir together-gether hingga ke alam lain. He-he.

Drama ni lain dari yang lain. Dan saya suka. Kau orang??

2 komplen (?):

miss anne said...

cik anne pun suka citer ni..siap mengalir air mata..ces

Cik Nad said...

@miss anne

sedih menyentuh.. ramai yg tengok memang mengalir..

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*