*****
Hi blog!
Awal Muharram tempoh hari ada pengilan kat Tangkak. Mula-mula beragak jugaklah nak pergi sana sebab kad jemputan tak dapat lagi. Bila kad jemputan sampai yang mana tinggal 3 hari je lagi, kita orang terus buru cari hadiah yang seswai. Di sebab dapat kad adalah last menit. Maka, tak dapat nak tempah katil king size buat mempelai.. He-he. Kita orang gerak jam 11lebey dan sampai jam 2suku petang. Lepas makan dan ambil gambar dengan mempelai, kita orang terpaksa mintak izin untuk gerak pulang. Apa pun, kami doakan..
"Semoga perkahwinan korang kekal hingga ke akhir hayat dengan bahagia hendak-Nya.. Amin.."
Kita orang tak terus balik JB, tapi kita orang naik ke Melaka. Alang-alang dah berjalan jauh. Plus, tak sedar diri yang besok saya ni kena kerja. Kerja? Duh.. Berbekalkan GPS dari henfon Jiejie, kita orang pun lenjan nak ke Melaka bandaraya maju. Yeah.. That's right.. Sebelum Taman Mini Malaysia tu dah jammed. Jammed di sebabkan trafiklite yang sekejapan hijau dan lampu merahnya lama... Jam dah pukul 4.30.
Adoi. Mana maju nye? Takda flyover ke? Melaka maju dari segi apa? Siapa-siapa orang Melaka. Sila terangkan pada saya. Spesifikasi dikatakan maju bergantung kepada apa? Bagaimana Melaka dapat status maju ni kalau sesak? Kiranya maju macam KL yang sesak? Saya lebih suka Melaka bandaraya bersejarah. Tak payah lah nak kejar status maju tu. Cukuplah KL satu tu je sesak sana sini. Sesak-sesak mereka pun, mereka ada bagi pilihan untuk kita naik LRT atau memandu sendiri..
Agak lah sejam baru nak sampai kat checkpoint si Jiejie kita ni tanda dalam GPS dia. Nak tahu kat mana? Kat rumah pangsa sekitar Banda Hilir.. Nasiblah kat Banda Hilir. Memang nak ke sana pun. Tapi itulah. Saya kompius dengan tanda jalan. Banda Hilir dan Pusat Bandar tu berbeza ke? Banda Hilir yang saya tahu yang ada Kota A Famousa tu kan? Pusat Bandar? Dulu-dulu pergi pun selalu naik bas rombongan. Dulu pun pergi masa kecik-kecik. Paling terbaru pergi masa tahun 2004 ketika belajar kat Matrik Johor..
 |
| Mengambil gambar ketika jalan sesak |
 |
| Menikmati air terjun ketika sesak |
 |
| Pusat Bandar dan banda Hilir adalah berbeza (?) |
 |
| Vacancy yang no. 3 (?) |
 |
| Dataran Pahlawan (?) Mall atau dataran (?) |
Bila nampak mall besar depan mata, nak jugak kau ke kiri eh.. Berpusing balik. Kenapa ke kiri? Sebab saya rasakan, buat apa saya nak pergi mall? Jauh-jauh datang nak pergi mall pulak. Saya nak pergi kota A Famousa. Nak pergi tempat yang ada beca. Tempat yang bangunan merah. Bukannya mall itu... Mananya kereta itik itu? Mana menara Taming Sari? Menara dah lah tinggi. Kata satu bandar Melaka boleh nampak. Tapi kenapa saya tak jumpa??
Sebab tak jumpa benda yang nak jumpa, kita orang pun berat hati masuk lah parking dekat Dataran Pahlawan..
Duh.. Mall bapak besar.. Parking cuma ada satu level je ke?? 2-3 kali jugak lah saya tegar pusing-pusing cari parking kosong. Islam kata kan
"Sabar itu separuh daripada Iman.." Yang lagi separuh hilang mana?? Mungkin sudah digunakan untuk merungut semasa bersabar kot.. (?).. Nasib dapat parking dan jam tu lah kau nak terkencing.. Pusing dalam mall tu cari toilet. Nasib ada signboard. Tapi bila ikot saja signboard tunjuk sana-sini.. Apsal macam cilakak lah pulak. Menyeksakan pelancong betul lah..
Rupanya, toilet ada dekat pintu utama. Bila sampai-sampai. Mak kau! Kena beratur sampai luar. Terus kat bawah tu sentap tak nak membesey... Jalan-jalan, sampai jumpa Heritage Corner kot nama dia.. Kawasan membeli-belah untuk cenderamata. Ini lah dia.. Teruja terus cakap kat Jiejie yang ni lah dulu diorang khemah-khemah je. Sekarang da pindah dalam mall.. Jiejie angguk-angguk saja. Jalan-jalan jumpa toilet dan cecepat mengosongkan tangki..
 |
| Bila tak tahu nak jalan. Lepak sini. |
Pening jugak selok-belok Dataran Mall ni. Macam KSL kat JB je. Banyak sangat lorong. Lepas pusing sana sini, kita orang pun lepak kat tepi batu yang ada fish. Lagipun tak tahu nak pergi ke mana. Gaji pun tak masuk. Takkan nak shopping? Last-last jalan, nampak sesuatu pemandangan yang .... Inilah dia..
 |
| Tempat ini yang pelancong nak pergi |
Baru lepas hujan. Dan sudah pukul 6petang. Tiada apa yang boleh di buat. Cuma boleh jalan-jalan setempat sahaja..
 |
| Menara Taming Sari |
 |
| Beca satu pusing berapa (?) |
Kesian kan? Masa yang sangat terhad. Tak dapat nak pergi jauh. Tak dapat nak naik atas kota tu..
Ye ker tak dapat? Kau tak larat dah kan Nad? He-he. Kita orang pun hanya dapat berjalan lebih kurang. Memang banyak muzium tapi sayang sudah tutup. Mungkin lain kali kita orang datang lagi. Ada siapa-siapa nak jadi tourist guide kita orang?
4 komplen (?):
rajinnya pi melaka apa ada kat melaka?dah lama tak pi ni dah tak berapa nak paham le!
@sord87
dah alang-alang ke tangkak. Naik jap ke Melaka.. mmg tak paham jalannye. pasal da berubah...
tenkiu dtg kawen saye nad+jie+son+dlm perut
omeeeellll sgt nad preggy! =)
@NaNiePiNk
takde hal laa.. kita tunggu nanie lak pregnant..
Post a Comment