Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



Makan: Nando's Jusco Tebrau

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Hi blog!

Sabtu lepas, kita orang pergi makan dekat Nando's Jusco Tebrau. Makan ayam peri-peri di Nando's sudah termaktub dalam bajet ekonomi bulan Disember kita orang. Selalunya, kita orang lebih suka makan ayam di Kenny Roger's. Nando's? Erk.. Terus-terang, ni kali kedua. Ha-ha. Kali pertama makan, tekak tak boleh terima. Maka, minda dah set Ok.. No.. Tapi setelah berkurun lamanya. Berkurun kau.. Maksudnya lama yang amat.

Ni lah kali kedua tekak ini nak makan ayam Nando's.. Nasib baik lah welcome-boy dia sweet orangnya. Peramah dan memang bersesuaian dengan position dia. Maka, kita orang dah ada keyakinan untuk makan di Nando's dengan muka happy. Dia offer kita orang set yang harganya RM55. Tapi ikot ilustrasi dalam gambar tu banyak sangat. Saya cakap tak nak lah. Banyak-banyak macam ini nanti tak abis. Budak tu cakap, tak banyak. Nanti dia tak lah banyak macam ini. Sikit-sikit je.. Boleh?? Okeh lah. Nando's bukan kompeni kerabat dia. Janji, akhir bulan dapat gaji.. Ye tak? Saya pun lebih kurang jugak perangai jadi welcome-girl kat Kenny dulu.. He-he.

Jiejie cari tempat belakang yang dekat dengan pintu keluar supaya dia senang nak bertukar naga bila-bila masa. Ha-ha. Saya tak suka menu dia. Eh? Ape hal pulak? Sebab menu dia tak tunjuk ilustrasi sesuatu makanan dengan spesifik. 

Ada description saja

Takde ilustrasi

Sebab tak da ilustrasi menerangkan rupa bentuk apa sideline kita orang itu, kena lah kita orang bertanya dengan pelayan dia. Old Style Chips dengan Peri Chips tu pebenda? Bla-bla-bla budak tu terangkan.. Lepas dah pesan bagai. Adalah dalam sebatang rokok Jiejie, makanan kami pun sampai.. Dan kali ini, saya tak snap gambar lagi. Sebab terlupa bawa kamera. Henfon saya kena 'cuci' dan henfon Jiejie bateri kong. 

Jiejie mintak extra hot dan saya mintak hot saja. Bila sampai-sampai, ayam bau macam ayam percik. Cuma ada sos Nando's. Kenapa ayam dia kecik. Itu soalan pertama saya tanya Jiejie macamlah dia tokey Nando's. Sedap memang sedap. Dulu tak boleh terima sebab sos dia masam. Kali ni.. 

Erm~~.. 

Ermm~~~.. 

Ermmmm~~~~... 

Not bad lah. Yang paling best adalah chips dia. besar gabak. Sedap-sedap-sedap. Coleslaw pun tak mengecewakan. Jiejie order ayam dengan nasi. First time dia makan nasi begini licin. Tak tahulah lapar atau sedap. Tapi yang pasti, kalau dekat KR, dia mesti tak habis..

Last sekali kita orang punya double-scoop aiskrim. Dia guna aiskrim Baskin Robin. Siap nak mention kat menu lagi.. Bukan dapat check pun kot-kot dia guna aiskrim Wall's je kan?? Ada beza ke rasa aiskrim tu? He-he.. Sampai-sampai.. Scoop cokelat dah cair. Ingat sama macam dalam gambar. Letak dalam mangkuk. Tapi taruk dalam gelas aiskrim. Rugi lah pulak tak snap gambar.. Camane nak makan aiskrim colekat yang dah cair tu? Tekan atas kang meleleh ke bawah. Apa dia cedok aiskrim dari BR kat tingkat atas ke? Apa pun, aiskrim ni rege macam dessert yang sama order kat PappaRich tapi sayaaaannngg.. Tak puas hati.. Mahal guna aiskrim BR sesaja..

Apa pun, jumlah untuk quarter chicken dengan 2sidelines untuk saya, quarter chicken dengan nasi untuk Jiejie, Chocospresso, ice lemon tea dan aiskrim BR double-scoop adalah RM54.++ tanpa tax.

p/s: Ice lemon tea dia best. Tak masam macam dekat KR..

0 komplen (?):

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*