Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



Malaysia

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Pasti hari ini atau mungkin yang lebih up-to-date, malam tadi dah update entri bola sepak Team Malaysia menang.. Atau yang over-advance pula akan buat entri secara langsung umpama dialah pengulas sukan malam tadi. Hebat. Hebat dia menaip sambil tengok bola. Hebat bukan? Bagaimana pula dia menghayati perasaan berdebar-debar tengok bola sambil meluahkan nya di belog? Itu sesuatu yang unik dan bukan calang-calang orang dapat buat begitu.

Saya? Saya memang tengok bola malam tadi. Sudah seisi keluarga tengok. Ada peluang kau nak mohon tukar channel lain? Paling tidak, kena boo.. Ha-ha. Awal-awal dah suruh adik saya beli kacang Cap Tangan  dua bungkus. Syahdu beb tengok bola sambil kopek kacang. Takda kacang, kadang-kadang kuaci berguna jugak. 

Saya tahu itu perlawanan akhir. Bila Indonesia menjaringkan gol pertama mereka. Saya sudah mula berdebar-debar. Hati tertanya-tanya. Malaysia bila nak gol ni.. Kunyah kacang makin rancak.  Ah sudah...

Agak gembira jugak akhirnya Malaysia dapat menyamakan kedudukan. Hingga separuh masa pertama. Kacang dah habis satu suku peket. Ada berbaki lagi tiga suku untuk bekalan di separuh masa kedua. 

Sepanjang separuh masa kedua ni, sangat lah tak suka. Tak suka. Tak suka dengan si Oto ni. Kau kenal Oto? Alaa... Pemain import dari Papua tu berkepala botak dan kecik. Kat mana ada bola. Kat situ ada dia. Pulak tu laju je kaki dia mengelecek dan berlari ke sana ke mari. Geram dan teringat cerita Halamak Toyol.. Ha-ha. Yang si Bonai tu pulak, bila dia tackle si Baddrol tu, kemain dia mintak maaf sengih-sengih. Takut kena kad la tu. Tapi, bila dia yang kena. Kemain sakan dia berguling. Haish... lempang kang..

Setelah habis masa 90 menit tu, saya terus masuk bilik. Saya tak tengok dah bola.  Kenapa? sebab saya tanak tahu keputusan yang tak terjangka ni. Bila-bila bola masuk gol, dah terus menang. Itu yang bimbang. saya tanak tengok Malayysia kalah.  Saya? Satu Malaysia tanak tengok team negara kalahkan.. Dari jantung saya degup kencang tak tentu pasal. Baik saya masuk tido. Tak baik tau untuk kesihatan mak-mak.. 

Lagi pun, ramai orang kata Indonesia guna pawang. Itu yang saya gerun. Saya tak tahu itu fakta atau auta. Tapi mereka kalau bab- bab pawang ke orang halus ke memang terjadi kan? Kan? Kan? Kalau tak, tak da benarnya cerita wayang mereka banyak pakai tok dukun itu ini kan? Kata filem kita wajah kita..  Eh? Bukan slogan tu di guna-pakai kat Malaysia je kot?  Oh... Tak valid lah untuk filem Indonesia? Tapi.. Ada ke orang buat cerita bukan dari apa yang dia nampak, dengar, rasa mahupun keadaan sekeliling.. Kaaaaannn??

Saya tersedar bila Jiejie masuk bilik. Saya tanya siapa menang. Malaysia.  Jawab Jiejie pendek. Saya tido balik dan senyum. 

Tahniah skuad Harimau Malaya. 

Tambah lagi emas untuk Malaysia.. 

Tahniah jurulatih. 

Tahniah kapten pasukan. 

Tahniah player Malaysia.

Tahniah  penyokong Malaysia. 

Tahniah untuk mereka yang terlibat.. 



Update:

Best jika betul dapat cuti.. Tapi, kalau tak betul pon.. Kami Johorean tetap cuti.. He-he

Klik: Chomel pulak diorang ber-facebooking kaannn..

2 komplen (?):

Anonymous said...

player papua bukan import..abis 90 minit..dah takde sudden death mcm dulu..kalo gol 5 bijik skali pn takde tros brenti game...

Cik Nad said...

@Anonymous

Oh.. yeke takde sudden death lagi.. hi-hi.. alaaa.. malu... alangkah yg 90 menit pun dah berdebar-debar.

Thanks. da correct that mistake. bukan import ye kawan2..

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*