Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



Untung hidup zaman atuk nenek kita dulu

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Kadang-kadang terpikir. Nanti suatu masa akan datang, anak -anak saya ni merasa tak pengalaman sembelih ayam dan buang bulu ayam hingga menjadi lauk? Entah-entah. ayam pun mereka tak kenal macam mana. Yang diorang tahu. Ayam drummet dalam packaging kat bahagian sejuk-beku supermarket. Maklomlah. tak pergi pasar basah. Lecah. Sememeh. Dan busuk katanya nanti..

Zaman sekarang memang susah nak dapat tanah. Beli tanah , bubuh dalam pasu tu tak kira oke. Kadang-kadang, pergi balik kerja. Saya tengok rumah-rumah kat Larkin tu. Yang ada tanah, tak nak ke usahakan tanah tanam pokok betik ke pokok ubi ke pokok bersayur buat makan. Yang diorang banyak tanam. --> Pokok Bunga.. Haish... Untuk apa lah tanam pokok bunga dari depan rumah, bawak ke belakang rumah.. Bukan boleh buat petik-petik buat stok lauk kot kebulur.. Tahu lah pokok bunga mencantikkan kan rumah. 

Pastu. Ada balance-balance dari buat tanaman tu, cubalah buat reban ayam ke. Ni tak. Kandang kucing boleh pulak diorang buat. Reban ayam tanak buat. Boleh jugak makan ayam segar sesekali. Ye lah. Harga ayam pun melambung tinggi. Kalau masa raya RM7.20, minggu lepas sampai cecah RM9.00.. 2-3 hari lepas turun laa RM8.00+..  Mahal tu...

Macam mana lah nak survive hidup. Cuba tengok zaman atuk-nenek dulu. Diorang ada rumah siap tanah berekar-ekar. Untungnya orang dulu.. Pastu bercucuk tanam. Tanam pisang, cempedak, kelapa, jambu, durian belanda, lada hitam, pokok kari, pokok cili, pokok turi, pucuk manis, daun kesum, ubi, daun kucai, daun kunyit, pokok kantan, pokok pandan dan senarailah kau sendiri.. Dah bercucuk tanam, siap bela kambing, lembu, ayam, itik angsa bagai.. Bila nak masak je, turun ke laman belakang sambil bawak pisau. 

Semua segar dari ladang. Yang nak makan ayam pulak. Kena aim ayam mane kau nak sembelih. Lari-lari siket. Zaaaasssss.... Dah siap lauk kari ayam... Cuba zaman sekarang ni. Beli rumah kemain mahal. Ada tanah pun, sejemput kat porch kereta dengan kat ampai belakang. Mane lah nak bercucuk tanam.. Kalau tanam cili. Tunggu 2-3 bulan nak berbuah, pastu sekali masak abes cili kau.. 

Itu yang duk rumah teres. Cuba kau cakap nak bercucuk tanam kat mana kalau beli rumah pangsapuri / flet / dan sewaktu dengannya? Semuanya beli kat kedai. Sudah la mahal , tak segar lak tu.

p/s: Sekarang orang gila kerja. Kalau boleh 24 jam nak kerja. Bila nak berehat dan berbakti pada tanah??

0 komplen (?):

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*