Si Blogger Sesuku Masa? Kerana. Saya perlu mencuri masa untuk menulis blog saya ini. Adakah saya pencuri? Oh. Sila jangan tangkap saya. Ini bukan akta Mael Lambung okay.. Saya juga tak makan rasuah apatah lagi makan ruang.. Wa-ha-ha.. Oh ya. Apa sebarang entri adalah dari luahan hati dan minda saya. Kalau awak.. awak.. awak.. dan awak tu terasa.. Maafkan saya. Dan sebarang gambar yang saya tepek akan saya link-kan darimana saya ambil. Jika takda link tu, maknanya gambar saya tahu!



Kisah Cabutan Bertuah UO

Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****

Suatu malam yang sepi-pi-pi... Pak mat jual topi-pi-pi.. Topi nye ... Kau orang sambung sendiri oke.. Alkisahnya.. Tengah berlepak-lepak dengan Jiejie. Tetiba ada mesej masuk. 

"Cabutan bertuah UO akan berlangsung pada Ahad, 24 Oktober 2011 di pentas utama Plaza Angsana pada pukul 3 petang. Pemenang Cabutan Bertuah layak mengambil hadiah sekiranya hadir ke acara tersebut." Macam tu lah iras-iras mesej tu..

Hadiah utama dia kereta Saga BML. Walaupun bukan gempak sangat hadiah utama. Tapi.............

Siapa nak bagi sebijik kereta kat kau kan? Mula-mula macam tak mahu pergi. Ye lah kan. Masukkan borang penyertaan tu takat 3 keping saja. Ada peluang ke? Pastu ada hati belah hujung nun pulak terdetik.


"Mana tahu kot nama bertuah. Tak menang hadiah utama, mungkin sangkut nama kat hadiah lain.. Mana tahu, rezeki anak..." Oppss.. Shhhh..

Pikir punya pikir. Kita orang ni pun pergi lah. Gerak dari rumah pun kul 2.40 petang camtu sebab hati 50-50 saja. Lagipun, kalau bab cabutan bertuah ni, dari dulu semenjak sekolah bawak ke U. Manjang nama tak naik. Kalau ada meja bertuah pun.. Haraaaaammmmm... Tak jugak kena. Tapi.. Mana tahu, nama saya ni main cabutan bertuah kategori yang grand-grand.. Yang gempak.. Uish.. Nampak sangat niat tak baik.. Memang tak lah.. Ha-ha..


Sampai je depan Angsana. Bersusun kereta sesak. Jam lagi 2-3 menit nak pukol 3 petang. Tak pe lah. Lambat sikit. Tapi hati risau jugak kot nama terlepas. *Jadah* Ha-ha..

Selamat masuk dalam Angsana, bergegas ke pentas dia dan... Mak ooooooooooooiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttttttttt.. Ramainya manusia!! Tapi acara belum start lagi. Tunggu VVIP la kan, 3 setengah baru start. Mula-mula hadiah saguhati kipas berdiri seratus ringgit. Takda nasib, nama tak kena..

Pastuuuu, ce teka.....



-----



----




---





--








-


Dari hadiah peti ais sampai ke mesin basuh, mikrowave, TV Lcd, netbook, cash RM3000 dan set home teater... Jadi tukang sorak bertepuk tangan je lah. Kaki ni dah la lenguh ni. Berdiri dah 3 jam.  Tegar kan kau Nad.. *Sanguuuppp*

Bila hadiah utama nak di umumkan berdebar jugak ni. Nama pertama dia panggey, takda. Nama kedua dari Singapura. Pun tak da. Nama dari Pontian, orang semua bajet takda. Boleh lah beri peluang pada diri sendiri kan.. Sekali.. Nah.. Dapat pakcik tu kereta.. Lebar senyum dia.. Hu-hu..

Dah la tetiap hadiah-hadiah tu, bukan seorang pemenang saja di cari. Macam saguhati tu x 19 orang, hadiah cash RM3000 tu x 3 orang. Plus orang yang tak datang lagi. Kira banyak jugak nama di panggil tapi tak da orang ambik hadiah. Tetaaaaaaaaaaaaapppppppppppppp tak bertuah.. Itu namanya bukan tak bertuah lah. Tapi tak da rezeki kau... Sila lipat kali gandakan amalan kau oke!! *Insaf*

Ada yang bertuah tu, nama naik masa hadiah saguhati, pastu bila hadiah set home teater, pun nama dia naik jugak. Perghhh... Berapa banyak borang dia taruk ek?

Pasni, nak try nama Jiejie lah isi borang. Sebab baru-baru ni Shell telipon dia menang baucer RM100. Nama Jiejie ni ada gak tuahnya..  Nama saya? Bertuah jugak.. Bertuah lah nak kena.. Ha-ha

2 komplen (?):

Anonymous said...

salam.saya wait gak dari 2.30-6.30..berdiri lak tu..huhu.harapan makin pudar bile MC cakap ada 63000 penyertaan..tapi rezki manusia tu hanya tuhan yang tahu kan..heheh..sekali nama ayah lak yg dipanggil setelah beberapa orang dipanggil tak kuo2...dah nak balik dah mase tu..selamat tergerak hati nk wait..hehe..alhamdulillah, dapat hadiah utama..walau saga pun, sape lah yg nak bagi kan?heheh.leh jual , tuko pada duit..heheh..leh wat sambg study.heheh

Cik Nad said...

@Anonymous

pergh.. congrate kat famili sbb menang hadiah utama.. especially kat ayah kamu.. kalau tanak saga tu, boleh pass kat saya. he-he.. saya dapat belon dalam kete pun cukup. Mana tau dapat badi cabutan lain kali..

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*