Salam
Kalau tak faham. Sila tanya. Jangan buat-buat faham bak pepatah mat saleh mengatakan - Better to understand a little than to misunderstand a lot. So.. Dont make my blood go upstairs!! Eh??
*****
Minggu lepas adalah hari yanng sangat suram di kilang. Dalam opis hanya bertiga tak termasuk boss saya. Lagi dua orang da ambik cuti. Yang pakcik seorang tu sempena raya Deepavali. Nak beraya sakan laa tu.. Tak pe. Kita kasi can.. Yang akak tu pulak sempena kilang suruh ambik abeskan cuti yang ada. Pergh.. Bestnya jika dapat cuti camtu..Saya? mananye ada. Selalu cuti adalah.u hal suram Makanya, tinggallah saya wakil E&D menemani dua orang budak R&D..
Lagi satu hal suram pulak pasal saya punya projek ni tak mau gerak. Tergantung di tengah jalan. Nak buat pilot-run tak dapat pasal production asyik lah kejar order. Operator dah kurang. Setakat ni ada 3 projek yang tergantung. Yang dua tu memang tak boleh buat pape. Production punya pasal. Tapi, yang lagi satu ni pulak pasal perangai manusia..
Bila tanya production, bila barang saya nak dapat? Dia orang kata budak store tak nak layan. Sebab banyak kerja. Ewah.. Ingat dia sorang punya kerja je ke??! Pastu kuantiti yang saya mintak itu sikit. Setakat 20 pcs saja. Dia orang malas nak batching. Dah tu? Itu dah kerja kau kan?? Nak saya ke sana mintak. Hadui.. Dia orang ni cakap kasar. Kang saya yang sentap. Hampeh lah kau Nad.. Macam mana nak tegas ek? Macam mana nak buat muka garang kalau muka dah di kurniakan babyface.... *Muntah*
Keesokkan hari nya, ada update status projek dengan boss.. Bagitahu lah yang projek C ni tak dapat buat disebabkan budak store tak nak layan. Kau orang nak tahu apa cadangan bernas boss saya tu??
" Awak bagi lah singgit dua ringgit buat duit kopi. Biar laju sikit dia orang buat kerja.. Haha"
Ada ke boss camtu? Tak lawak oke. Terkedu saya kejap. Nak je cakap yang saya tanak main rasuah. Hu-hu. Baru kilang kecik... Saya ngadu pada Jiejie guna skype. Jiejie kata nape tak balas cakap " Gaji saya pun cukup-cukup makan je". Serius tak tahu nak kata ape masa tu. Terkedu. Bak kata omputih. Speechless!!..
Erm. Boleh tak lepas ni kalau boss saya tu push saya tentang projek saya nanti, saya kata ...
"Belanja lah duit makan tengah hari. Biar laju sikit saya buat kerja boss.."
Nganga tak nganga la dia nanti.. Eleh kau Nad. Berani lah sangat... Tahu takpe~~








;

0 komplen (?):
Post a Comment