Tuesday, January 25, 2011

Pemadam papan hitam dalam kenangan

salam...

Tadi tengok drama Gemilang dekat TV3 .. Drama yang dirasakan best. Nyaris nak tumpahkan air mata masa scene diorang dipisahkan adik-beradik. Kesian woo.. Terpisah adik-beradik. Kena bagi kat keluarga tah mana-mana.. sampai hatii.. Wuuu~~ Wuuu~~.. *Ok. Cukup  berdrama. Kesat air mata*

Ada nampak tak gambar masa peralihan cerita ke iklan? Alaaaa.. Yang tulis perkataan handwriting Gemilang tu.. Ada buku latihan yang masa sekolah-sekolah kau guna dulu. Yang harga 80sen nipis 80 helai tu.. Kat situ pon ada pemadam papan hitam. Ada perasan tak?? Bila terlihat pemadam papan hitam tu, teringat zaman old skool dahulu kala. Zaman cikgu ajar pakai papan hitam, kapur tulis dan pemadam tebal tu. Zaman masih pakai kerusi bangku kayu lagi. Oh. Rinduuu...

Klik: Ni lah duster atau nama melayu pemadam papan hitam. *Sikit punya panjang nama melayu dia*

Tanak cerita tentang kapur tulis dan papan hitam. Mahu cerita tentang pemadam sahaja dulu. Kalau cerita banyak, harus saya tido lambat. Dan besok, liat nak bangun. Duster ni gunanya nak padam tulisan dari kapur lah kan. Of course. Itu cerita nak jawab soklan UPSR. Jadi, mari kita keluar kotak.

Masa sekolah darjah-darjah dulu kalau nak belajar, cikgu mesti suroh budak duduk depan pergi padam papan hitam. Selalunya budak bahagian depan adalah budak nerd dan pendek kemetot. Macam saya. Renek sahaja. Jadi budak depan ada giliran untuk jadi budak pemadam. Budak pemadam tak bermaksud dia terlibat dalam kelab atau persatuan PEMADAM okay.

Dan dah duduk depan, haruslah meja selalu berdebu. Oh. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Mak kata boleh dapat batuk kering. Tapi nak belajar, saf paling depan adalah afdal dan ilmu cepat masuk termasuklah air tempias.  Kau kena angguk. Itu kenyataan kan?

Pemadam jugak boleh jadi alat serangan  cikgu-cikgi yang malas nak menapak pergi piat telinga budak-budak yang tak fokus masa dalam kelas. Kalau kau tengah seronok berbincang tentang berketaq-ketaqnya badan si Kamal Adli, jangan kau terkejut duster singgah di dahi. *Ok. Tipu. Kamal Adli tak wujud lagi. Dan mungkin masa itu paling hangat pun adik-beradik KRU, Kool, Nico, Elite atau A to Z. Ha-ha

Klik: Cikgu hensem ajar, harus kau pay attention pada badan dia. Eh??

Bila duster dah penuh dengan debu kapur, kenalah ketuk-ketuk kat luar bilik darjah. Saya selalu ketuk dekat longkang. Oh. Kau sangat menjaga persekitaran. Eh? Sudah tentu.. Tapi kalau tengok kasut macam dah tak putih. Lagi-lagi masa tu hari Jumaat, saya ketuk kat kasut bagi putih. Ha-ha. Kalau nak kasut lagi putih, kau tenyeh lah kapur putih kat kasut. Jangan malu. Saya tahu semua pernah buat. *Anguk cepat!!!. He-he*

Bila kau bosan-bosan dan tiba-tiba ada perasan mendengki membuak-buak. Pasti duster itu jugak jadi senjata kau. Bagaimana?
-
-
-
-
-

Klik: Macam ni lah kau buat. Mencabul hak asasi. Ha-ha

Masa kecik-kecik, masa kau tak tahu apa itu henfon 3gp, apa itu cd, apa itu CS kerana masa itu kau cuma ada Komtar dan Kotaraya.  Kau main tepuk-tepuk punggung macam itu satu permainan yang kelakar. Tak ada sehingga dikatakan mencabul kerana itu hanya suka-suka untuk lihat pinafore kawan kau bertompok-tompok putih di bahagian punggung. Permainan itu cuma famous di sekolah sejenis sahaja okay. Kalau terjadi di sekolah dua jantina, itu baru dipanggil sexual harrasment. Dan kena hukum buang sekolah. *Kejam* Memang. 
Lagi satu, kalau nak padam papan hitam pula, ada teknik-teknik yang betul. Ini yang kne di buat dengan betul. Kalau tidak, kau sedap goyang badan, goyang punggung dan bergoyang-goyangan memadam kat depan tapi......... Budak-budak sekelas kau atau anak murid ( jika kau cikgu) sedap tengok aksi bergoyangan di hadapan. Dahulu, cikggu saya ajar teknik sepatutnya memadam. Bukan memadam dari kiri ke kanan ke kiri balik, tetapi ke atas, ke bawah dan ke atas. Jika guna teknik kiri-kanan, Habis lah beralun ke kiri kanan. Sudah! Jangan kau berlebih-lebih fantasi. Saya taknak kau orang (golongan sangap) jadikan entri ini sebagai bahan.

Er.. Kau orang buat apa lagi ek dengan duster atau nama melayunya pemadam papan hitam??

No comments:

Nama saya..

My Photo
Saya seorang yang normal dan simple. Jangan lihat saya terlalu baik kerna saya sudah bosan org mengatakan saya seorang budak yang innocent. Itu tidak benar. Sendiri lihat Sendiri rasa Sendiri tilik Sendiri nilai... *kalu dia Mr. H. sayala Mrs. H nye. dah. jangan maen mata*